Dasar Privasi
Dasar ini menerangkan bagaimana KiraNiaga (dibangunkan oleh Baloot MY Digital Agency) mengendalikan data anda — merangkumi software desktop KiraNiaga untuk Windows dan laman web kiraniaga.vercel.app.
1. Data dalam software (di PC anda)
Semua data perniagaan yang anda masukkan ke dalam KiraNiaga — pelanggan, invois, sebut harga, rekod pekerja, gaji, dan slip gaji — disimpan secara lokal di PC anda sahaja, dalam database SQLite yang di-encrypt (SQLCipher, AES-256) dan dilindungi master password anda.
- Kami tidak mempunyai akses kepada data perniagaan anda.
- Data anda tidak dihantar ke mana-mana server atau cloud.
- Software ini tidak menghantar telemetry, analytics, atau crash report.
- Pengaktifan lesen dilakukan secara offline — licence key disahkan di PC anda tanpa sambungan internet.
- Fail backup yang anda cipta (termasuk backup automatik berjadual) kekal encrypted dan disimpan di lokasi pilihan anda.
- Modul payroll mengendalikan data sensitif — nombor kad pengenalan, gaji, dan caruman berkanun. Semua ini kekal di PC anda sahaja.
- Fail export berkanun yang anda jana (CP39 untuk PCB, fail caruman KWSP, dan fail PERKESO untuk SOCSO/EIS/SKBBK) disimpan secara lokal ke lokasi pilihan anda untuk anda serahkan sendiri kepada portal rasmi. Kami tidak menghantar fail ini ke mana-mana.
- Log audit dalaman (rekod tindakan seperti dokumen dicipta atau diubah) disimpan secara lokal dan tidak pernah merekodkan gaji atau nombor kad pengenalan.
- Jika anda menghantar invois atau slip gaji melalui email, ia dihantar terus melalui pelayan email (SMTP) yang anda sendiri konfigurasikan dalam Settings. Kami tidak melihat atau menyimpan kandungan email tersebut.
Oleh sebab data disimpan di PC anda, anda bertanggungjawab menjaga master password dan fail backup anda. Jika master password hilang, kami tidak dapat memulihkan data anda — itulah maksud encryption sebenar.
2. Data semasa pembelian
KiraNiaga dijual sebagai satu pakej sekali bayar melalui dua saluran:
- Beli terus (Stripe). Pembayaran diproses oleh Stripe. Maklumat kad anda dikendalikan sepenuhnya oleh Stripe dan tidak pernah sampai kepada kami. Lihat dasar privasi Stripe.
- Daripada Stripe, kami menerima: alamat email anda dan ID transaksi — digunakan untuk menjana licence key anda dan menghantar resit/email lesen.
- Microsoft Store. Jika anda membeli melalui Microsoft Store, pembelian dan pembayaran diuruskan oleh Microsoft mengikut dasar privasi mereka; kami hanya menerima maklumat pesanan agregat daripada Microsoft dan tidak menerima maklumat kad anda.
- Email lesen dihantar melalui provider email transaksional. Alamat email anda tidak digunakan untuk marketing tanpa kebenaran anda dan tidak dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga.
3. Data semasa melayari laman web
Laman web ini dihoskan di Vercel. Server log asas (alamat IP, masa permintaan) mungkin direkodkan secara automatik untuk tujuan keselamatan dan operasi. Kami tidak memasang tracking cookies pihak ketiga atau advertising pixels.
4. Pematuhan PDPA
Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. Data peribadi yang kami pegang terhad kepada maklumat pembelian di perenggan 2. Anda berhak meminta akses, pembetulan, atau pemadaman data tersebut dengan menghubungi kami.
Bagi data pekerja dan pelanggan yang anda simpan di dalam software, anda adalah pengguna data (data user) di bawah PDPA — KiraNiaga hanyalah alat yang berjalan di PC anda, dan kami tidak memproses data tersebut bagi pihak anda.
5. Hubungi kami
Sebarang pertanyaan mengenai privasi: hello@baloot.my
Lihat juga Terma & Syarat dan Panduan Pengguna kami.